Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia telah membuat satu peraturan baru bermula pada 1hb Julai 2009 yang lalu berkaitan dengan penggunaan wang beza. Takrifan wang beza itu sendiri pun adalah berbeza antara takrifan biasa dalam transaksi jual beli rumah dan takrifan wang beza mengikut perspektif Bahagian Pinjaman Perumahan.
Mengikut takrifan biasa, wang beza bermaksud wang beza di antara baki harga belian dan jumlah pinjaman yang diluluskan oleh institusi kewangan kepada pembeli. Hal ini selalunya terjadi apabila jumlah pinjaman yang diluluskan kepada pembeli adalah lebih rendah daripada 90% daripada harga belian. Selalunya 10% daripada harga belian sudahpun dijelaskan oleh pembeli kepada penjual sebagai wang deposit.
Manakala mengikut Bahagian Pinjaman Perumahan, wang beza bermaksud wang beza di antara harga belian dan jumlah pinjaman yang diluluskan oleh BPP kepada pembeli. Oleh sebab selalunya BPP boleh meluluskan pinjaman 100% daripada harga belian kepada pembeli, isu wang beza tidak selalunya timbul bagi pembeli yahg mengambil pinjaman daripada BPP.
Walau bagaimanapun, sekiranya nilai semasa hartanah yang dibeli dinilai rendah oleh Jurunilai daripada harga belian di dalam Perjanjian Jual Beli atau kelayakan peminjam adalah tidak sampai 100% daripada harga belian, maka jumlah pinjaman yang diluluskan oleh BPP bukanlah 100% daripada harga belian. Di sini timbullah isu wang beza. Ini bermaksud, jika BPP meluluskan pinjaman 90% daripada harga belian, 10% tersebut dikira sebagai wang beza walaupun sebenarnya 10% tersebut sudahpun dibayar oleh pembeli kepada penjual sebagai deposit dan isu wang beza tidak timbul bagi proses jual beli rumah yang biasa.
Mengikut peraturan baru dari BPP, jumlah wang beza hendaklah digunakan untuk menebus hutang penjual. BPP hanya akan mengeluarkan jumlah pinjaman setelah ditolak jumlah wang beza. Ini akan menimbulkan masalah kerana selalunya jumlah deposit 10% sudahpun diberi kepada penjual dan penjual sudahpun menghabiskan wang deposit tersebut.
Contoh Kes

Untuk memahami isu ini secara lebih baik, saya berikan satu contoh kes yang benar-benar berlaku kepada saya.
Harga Belian yang dipersetujui di antara penjual dan pembeli ialah RM120,000. Pembeli telah menjelaskan wang deposit sebanyak RM12,000. Baki harga belian ialah RM108,000. Walau bagaimanapun, oleh sebab nilai semasa hartanah yang terlibat adalah rendah, BPP hanya meluluskan pinjaman kepada pembeli sebanyak RM100,000. Ini bermakna, jumlah wang beza (mengikut tafsiran biasa transaksi jual beli) ialah RM8,000. Tetapi mengikut takrifan BPP, wang beza ialah RM20,000 iaitu wang beza di antara harga belian dan jumlah pinjaman.
Mengikut peraturan baru dari BPP, wang beza hendaklah digunakan bagi tujuan penebusan hutang kepada institusi kewangan penjual. Dalam contoh kes yang diberi, jumlah penebusan hutang ialah lebih kurang RM70,000. Jadi, BPP hanya akan mengeluarkan jumlah pinjaman sebanyak RM50,000 dengan andaian RM20,000 sepatutnya berada dalam simpanan peguam pemegang pertaruhan.
Yang menjadi masalahnya ialah jumlah wang yang disimpan oleh peguam pemegang pertaruhan hanyalah RM8,000 iaitu jumlah wang beza mengikut maksud biasa transaksi jual beli. Siapa yang akan tambah RM12,000 lagi tu?
Untuk meminta balik wang tersebut daripada penjual adalah tidak munasabah kerana wang deposit adalah menjadi hak penjual. Lebih-lebih lagi kalaulah wang tersebut sudahpun habis digunakan.
Untuk meminta daripada pembeli adalah juga tidak munasabah kerana pembeli sudahpun mempunyai wang yang cukup dan memadai bagi urusan jual beli dan untuk meminta wang lebihan RM12,000 lagi daripada pembeli adalah tambahan yang menyusahkan pembeli. Lebih-lebih lagi kalaulah pembeli sudah kehabisan wang. Perlu diingat bahawa pembeli juga perlu membayar yuran guaman bagi urusan jual beli dan pinjaman.
Untuk meminta peguam pemegang pertaruhan menambah RM12,000 juga adalah tidak munasabah kerana jumlah yang disimpan hanyalah RM8,000.
Jadi, bagaimana masalah di atas dapat di atasi? Harapnya ada pihak daripada BPP dapat menjawab permasalahan ini.
Dengan segala rasa hormat dan rendah diri saya kepada pegawai undang-undang di BPP, saya merasakan bahawa tindakan BPP melaksanakan polisi ini secara drastik sangatlah amat dikesalkan. Saya berharap agar BPP menangguhkan dahulu pelaksanaan polisi ini sehingga ke tarikh baru apabila kesemua pihak yang terlibat benar-benar memahami polisi baru yang hendak dilaksanakan tersebut. Ataupun secara alternatifnya, hapuskan dan lupakan sahaja polisi yang entah apa-apa ini.
Walau apapun alasan daripada BPP, sesungguhnya dengan pelaksanaan polisi baru ini, akan menyebabkan ramai penjual yang akan teragak-agak untuk menjual hartanah mereka kepada pembeli (bagi urusan sub-sale) kerana mereka tidak boleh menggunakan wang deposit sedangkan dalam kebanyakan kes, penjual menjual hartanah mereka kerana ingin menggunakan wang deposit.
Hal ini menjadi makin sukar sekiranya penjualan rumah dibuat melalui ejen hartanah. Nampaknya ejen hartanah juga tidak boleh mengambil komisyen daripada wang deposit kerana wang deposit (jika termasuk dalam kategori wang beza) akan digunakan untuk tujuan penebusan hutang. Harapnya persatuan ejen hartanah juga boleh mengemukakan bantahan kepada BPP.
Sesungguhnya polisi baru ini cukup tidak mesra pelanggan bahkan menyusahkan banyak pihak.
Berbalik kepada contoh kes yang diberi. Macamana nak selesaikannya. Nampaknya inilah satu lagi cabaran bagi peguam conveyancing. Cabaran-cabaran yang lain ada saya utarakan dalam artikel saya yang lain yang boleh dibaca di sini.