Friday, January 25, 2008

Perubahan pada laman blog

Beberapa perubahan pada laman blog Termizi & Co. telah dibuat memandangkan Majlis Peguam telah menetapkan peraturan yang ketat bagi laman web firma-firma guaman (untuk rujukan yang lebih lengkap tentang peraturan Majlis Peguam, bolehlah lihat pada Bar Council Rulings 2008). Saya pada asalnya tidak mengetahui bahawa laman blog diklasifikasikan atau didefinisikan juga sebagai laman web.
Walaubagaimanapun, setakat hari ini, saya tidaklah bercadang untuk mendaftarkan laman blog ini dengan Majlis Peguam sebagai laman web rasmi Termizi & Co. Laman blog ini hanyalah satu blog tidak rasmi dan ia jauh berbeza dengan laman web. Pada pandangan saya, Majlis Peguam perlu membuat perbezaan definisi antara laman blog dan laman web.
Walau apapun, sebagai menghormati peraturan Majlis Peguam, mulai hari ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan laman blog ini secara proffessional yang mungkin bagi tidak menjatuhkan maruah dan nama baik peguam secara keseluruhannya.
Oleh itu, beberapa pautan seperti pautan e-mail dan berita terpaksa saya alihkan ke laman blog perbadi saya di http://termizi-mylife.blogspot.com/, atau boleh klik di nama saya di bahagian disclaimer yang terletak di akhir laman blog ini. Pautan ini pun mungkin akan saya padamkan nanti.

No comments: