Wednesday, January 23, 2008

Lingam masih tak mengaku

Dato' V.K. Lingam masih tidak mengaku tentang kandungan video klip yang menjadi kontrversi sekarang ini. Dalam proseding di mahkamah, kebanyakan jawapannya hanyalah tak ingat. "It looks and sounds like me", katanya. Kalau gambar dan suara tu, macam gambar dan suara dia, macamana dengan latarbelakang rumah tu? Macam rumah dia jugak ke? Takkan tak nak mengaku rumah sendiri.
Pakar IT mengesahkan bahawa klip video tu original. Bahkan dah ada yang mengaku merakam klip video tersebut. Nak kata Lingam bercakap seorang diri atau berlakon, saksi mengatakan ada mendengar suara lelaki melalui handphone Lingam.
Satu jawapan Lingam yang perlu dibuktikan pembohongannya adalah bahawa sehingga ke hari ini dia tidak pernah bercakap dengan Tun Ahmad Fairuz sebab dia tak ada nombor telefon Tun Ahmad Fairuz dan Tun Ahmad Fairuz pun tak ada nombor telefon dia.
Dalam video klip yang menjadi kontroversi tu, Tun Ahmad Fairuz yang menelefon Lingam. Jadi, perlu dibuat siasatan tentang nombor-nombor yang di dial oleh Tun Ahmad Fairuz pada waktu kejadian sebab Lingam kata dia tak ingat nombor telefon dia guna pada masa tu. Lagi susah, sebab Lingam guna prepaid.
Nak percaya, ke tak nak percaya... tengok sendirilah, bahagian kedua klip video selepas selesai perbualan telefon.


No comments: