Thursday, January 10, 2013

Kekeliruan Google Tentang Lokasi Termizi & Co.

Baru-baru ini saya telah mendapat komplain dari seorang klien yang mengatakan bahawa google map telah memberi maklumat yang salah dengan menunjukkan office Termizi & Co. terletak di Wangsa Maju.

Pada mulanya saya tidak mempercayainya kerana carian saya yang terdahulu menunjukkan google map sebelum ini, lokasi yang ditunjukkannya adalah benar. Walau bagaimanapun, setelah saya browse sendiri, memang benar aduan klien tersebut. Berikut adalah print screen dari google:

Ini amat memeranjatkan saya kerana pada tahun 2011 lagi pihak Google Maps telah menghantar surat kepada saya mengesahkan alamat perniagaan Termizi & Co. adalah di alamat No. 29-2, Jalan 3/4C, dan bukannya di Wangsa Maju. 

Berikut adalah surat pengesahan dari Google Maps:

Setelah log in ke akaun untuk melihat sendiri peta dalam listing yang diberikan, peta yang tertera adalah peta yang betul seperti berikut:


Satu komplain telah dihantar kepada google untuk memperbetulkan kesilapan ini yang saya sendiri pun tak tahu apa punca terhadap kesilapan ini.

Setakat blog ini diupdate, masih belum ada feedback dari google.

Oleh itu, kepada warga kerja di Termizi & Co., sila bagi arahan kepada klien yang belum mengetahui lokasi pejabat Termizi & Co. untuk tidak bergantung kepada google map kerana kesilapan yang berlaku ini. Pohon maaf atas kekeliruan yang diluar kawalan kita.

Harap maklum.

1 comment:

Termizi said...

Setakat sekarang ini, nampaknya peta office Termizi & Co. dah betul pada google map, cuma alamat office masih tertera alamat Wangsa Maju. Pening ape pakcik google ni....