Sunday, January 2, 2011

Alasan Membubarkan Perkahwinan Melalui Fasakh

Alasan Membubarkan Perkahwinan Melalui Fasakh

Setelah diteliti undang-undang keluarga Islam di seluruh negeri di Malaysia, bolehlah dihimpunkan bahawa antara alasan-alasan bagi membubarkan perkahwinan melalui permohonan fasakh adalah sebagaimana berikut:

a) Bahawa suami telah mati pucuk dan masih lagi sedemikian keadaannya dalam masa setahun setelah dibuat pengaduan;

b) Bahawa suami telah gila atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit selama tidak ada kenyataan yang terang menunjukkan relanya dengan penyakit tersebut;

c) Bahawa izin isteri terhadap perkahwinan itu telah diberi secara tidak sah samada oleh sebab paksaan, kesilapan ketidak sempurnaan akal atau pun lain-lain sebab mengikut Hukum Syarak;

d) Bahawa pada masa perkahwinan itu, suami adalah seorang yang sakit otak (samada berterusan atau berselangan) dalam erti Ordinan sakit 0tak 1952 dari jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

e) Bahawa suaminya, kerana kepapaan tidak mampu menyarainya;

f) Bahawa isterinya mempunyai kecacatan yang menghalang persetubuhan dilakukan;

g) Bahawa suaminya mempunyai kemaluan yang luar biasa;

h) Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

i) Bahawa suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkahnya selama tempoh tiga tahun;

j) Bahawa suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;

k) Bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinan (nafkah batin) selama tempoh satu tahun

l) Bahawa suami menganiayainya, iaitu antara lain:

i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniya, atau

ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak, atau

iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah, atau

iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi-undang-undang terhadap harta itu, atau

v) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya, atau

vi) jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak.

m) Bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya; dan

n) Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah Hukum Syarak.



-Artikel di atas boleh dibaca dan/atau dimuatturun dalam bentuk pdf di pautan berikut: Alasan Pembubaran Perkahwinan Melalui Fasakh

No comments: