Pejam celik-pejam celik, rupanya dah lima (5) tahun usia Termizi & Co. Bermula dari Oktober 2005, dan kini sudah hampir masuk tahun 2011. Cepat sungguh masa berlalu.
Bermula di Batu Caves, dan setelah tiga (3) kali pindah, kini boleh dikatakan menetap di Desa Melawati, KL. Harapnya selepas ini tidak perlu berpindah lagi, kecuali setelah membeli bangunan pejabat sendiri.
Bermula dari pemilik tunggal dengan seorang peguam, merangkap kerani, merangkap despatch, dan merangkap segalanya, sehingga sekarang berstatus rakan kongsi dengan empat (4) pengamal undang-undang, empat (4) staf sokongan sepenuh masa dan dua (2) staf separuh masa, kini operasi Termizi & Co. tak cukup tangan.
Bermula dari kerja-kerja 'conveyancing' seratus peratus (100%), kini sudah boleh mengendalikan kes-kes korporat, litigasi sivil, dan jenayah. Tidak lama lagi, Termizi & Co. akan juga mengendalikan kes-kes Syariah secara formal, bukan sekadar consultation.
Bermula dari bilik kecil yang tidak berhawa dingin (hanya berkipas angin), kini pejabat Termizi & Co. seluas 2300 kaki persegi lengkap dengan segala kemudahan bagi keselesaan pekerja dan klien. Bermula dari sebuah laptop second hand, tiada mesin fotostat, tiada internet, tiada mesin pabx, tiada hunting line, tiada terminal kad kredit, tiada sofa, tiada bilik meeting, tiada pantry, dan sebagainya, kini semuanya sudah berubah.
Diharapkan perubahan-perubahan yang berlaku adalah perubahan-perubahan yang positif bagi kemajuan warga kerja Termizi & Co. Walau bagaimanapun, anjakan baru masih perlu dibuat lagi bagi menambahbaikan khidmat Termizi & Co. dan sebarang cadangan yang membina daripada semua amatlah dihargai.
1 comment:
Terima kasih untuk blog yang penuh dengan ilmu pengetahuan... betullah kata orang "sharing is caring".. SELAMAT MAJU JAYA UNTUK TETUAN TERMIZI & CO.
Post a Comment