Monday, October 18, 2010

Termizi & Co. beralih ke High Speed Broadband

Mulai 18hb Oktober, 2010, Termizi & Co. telah beralih daripada penggunaan servis internet broadband biasa dari TMNet Streamyx kepada high speed broadband TM Unifi.

Apa yang membezakan antara streamyx dan unifi adalah tentang penggunaan kabel untuk membekalkan line internet. Streamyx menggunakan kabel tembaga, menumpang kabel untuk talian telefon, berlainan dengan unifi yang menggunakan kabel fiber optik. Apa yang saya faham ialah, penggunaan kabel fiber optik memastikan saluran internet tidak banyak lari daripada server, manakala penggunaan tembaga, banyak yang lari, atau pecah, atau tumpah (apa saja istilah yang lebih tepat) menyebabkan broadband jadi perlahan.


Dengan penggunaan unifi, alamat rasmi email untuk Termizi & Co. bertukar kepada: mizico@unifi.my . E-mail lama iaitu mizico@streamyx.com akan dihentikan dalam masa yang terdekat. Jadi, harapnya para kakitangan Termizi & Co. dapat memaklumkan tentang perkara ini kepada mereka yang terlibat. Selain itu, email alternatif iaitu: termizi_co@yahoo.com.my masih boleh diguna pakai.

Sementara itu, saya telah ciptakan beberapa email rasmi untuk kegunaan kakitangan-kakitangan di Termizi & Co bagi urusan-urusan kerja yang rasmi sebagaimana berikut:

mizi@mizico.com untuk saya.
din@mizico.com untuk Nazruddin.
zul@mizico.com untuk Zulhasmi.
firdaus@mizico.com untuk Firdaus
fiza@mizico.com untuk Fiza
ej@mizico.com untuk Ej
khaty@mizico.com untuk Khaty
shasha@mizico.com untuk Shasha

Harapnya dengan penambahbaikan infra ini akan lebih memudahkan staf Termizi & Co. untuk bekerja dengan lebih berkualiti.


No comments: