Saturday, August 28, 2010

Contoh Pengiraan Faraidh: Si Mati tiada anak & adik beradik lelaki

Ada yang bertanya kepada saya soalan berikut:

Kakak perempuan kandung seibu sebapa saya telah meninggal dunia. Dia meninggalkan waris-waris seperti berikut:

  • Suami
  • Tiada anak
  • Ibu dan bapa meniggal lebih awal daripada si mati
  • 4 orang adik beradik perempuan kandung seibu sebapa
  • 3 orang adik beradik perempuan sebapa
  • 1 orang adik beradik perempuan seibu
Berapakah pembahagian pusaka mengikut kiraan faraidh bagi waris-waris kakak saya tersebut?

Jawapan:

Bahagian untuk suami pada asalnya ialah 1/2 kerana si mati tiada anak.

Oleh sebab si mati tiada anak dan ibu bapa sebagai pewaris, jadi pengiraan selanjutnya diturunkan kepada `asabah.

Bahagian untuk adik beradik perempuan seibu sebapa, atau dalam bahasa faraidh selalunya disebut sebagai "saudara seibu sebapa perempuan" (SIBP) ialah 2/3 kerana si mati meninggalkan SIBP lebih daripada seorang.

Bahagian untuk adik beradik perempuan sebapa, atau dalam bahasa faraidh selalunya disebut sebagai "saudara sebapa perempuan" (SBP) adalah terhalang atau terdinding kerana si mati meninggalkan SIBP lebih daripada seorang.

Bahagian untuk adik beradik perempuan seibu, atau dalam bahasa faraidh selalunya disebut sebagai "saudara seibu perempuan" (SIP) adalah 1/6 kerana si mati hanya meninggalkan seorang SIP.

Selepas mendapat formula di atas, kita hendaklah pula mencari pembawah yang sama.

(1/2) + (2/3) + (1/6), maka pembawahnya ialah 6. Jika ditambah (3/6) + (4/6) + (1/6), jawapannya ialah 8/6. Jadi, masalah `aul berlaku di sini kerana jumlah yang di atas lebih banyak daripada jumlah yang dibawah.

Untuk menyelesaikan masalah `aul, jumlah yang di atas tadi (iaitu 8) hendaklah dijadikan pembawah. Jadi, jawapan akhirnya adalah sebagaimana berikut:

Suami = 3/8;
SIBP = 4/8 dibahagi dengan 4 orang menjadikan setiap seorang mendapat 1/8; dan
SIP = 1/8.

Wallahu a'lam.

3 comments:

Mekar said...

slm sdra,

berapa pula nisbah utk suami yg kematian isteri dan mempunyai bebrapa org anak

Termizi said...

Nisbah untuk suami yang kematian isteri yang mana si mati ada meninggalkan beberapa orang anak ialah 1/4.

bro man said...

Nak tanya kalau ibu sama ayah dah bercerai.. Ibu plak dah meninggal dan meninggalkan harta.. Arwah ibu meninggalkan 2 anak 1lelaki dan 1 perempuan... Kebetulan juga anak perempuan plak sudah meninggal... Bagaimana nak urusan harta pusaka sahaja yang kurang dari Rm 300 ribu