Ada yang bertanya kepada saya soalan berikut:
Saya memerlukan wang tunai dalam kadar yang segera. Adik saya ingin membantu saya. Dia berkelayakan mendapatkan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan sehingga RM80 ribu. Saya bercadang ingin meminjam wang tersebut daripadanya. Antara terma dan syarat yang saya cadangkan ialah;
i) Saya akan membayar balik RM30 ribu kepada adik saya secara contra / set-off apabila saya mendapat RM80 ribu tersebut sebagai wang jaminan untuk adik saya membayar balik pinjaman peribadinya kepada institusi kewangan terbabit bagi ansuran bulanan untuk 3 tahun akan datang;
ii) Selepas daripada 3 tahun, saya bersara dan akan mendapat wang KWSP dan saya akan bayar baki hutang adik saya RM50 ribu secara tunai; dan
iii) Sebagai jaminan, saya mempunyai sebidang tanah yang bebas dari bebanan yang nilai semasanya setara dengan jumlah pinjaman yang diberi kepada saya.
Saya juga ada memaklumkan kepada isteri saya tentang perkara tersebut sebagai saksi jika apa-apa berlaku kepada saya sepanjang tempoh pinjaman.
Apakah dokumen yang sesuai untuk disediakan?
Jawapan saya:
Sebagai peguam, saya lebih suka menyediakan dokumen yang komprehensif, lengkap dan menjamin keadilan bagi kedua-dua penanya dan adiknya walaupun terdapat dokumen minima yang boleh disediakan.
Ada beberapa alternatif dokumen sebagaimana berikut:
1. Perjanjian Pinjaman dan Pendaftaran Gadaian; atau
2. Perjanjian Pinjaman dan Pendaftaran Kaveat Lien; atau
3. Perjanjian Pinjaman dan Pendaftaran Kaveat Persendirian; atau
4. Perjanjian Jual Beli dan Memorandum Pindahmilik.
Setelah menerangkan secara terperinci tentang pilihan saya, dan memberi anggaran caj dan kos yang terlibat, penanya agak keberatan untuk bersetuju dengan cadangan-cadangan saya memandangkan cadangan-cadangan yang diberi melibatkan kos yang diluar jangkaannya.
Bahkan apa yang ditekankan oleh penanya hanyalah jenis pinjaman keluarga dan merasakan bahawa penyediaan dokumen-dokumen yang saya cadangkan agak komplikated dan lebih menyulitkan urusan pinjaman.
Ini terpulanglah kepada diri sendiri. Bagi saya, sebagai seorang pengamal undang-undang yang berpengalaman, penyediaan sesuatu dokumen hendaklah dibuat dengan teliti, bukan sekadar tangkap muat. Banyak perkara yang perlu difikirkan bagi menjamin transaksi lancar dan kepentingan semua pihak dilindungi.
Mungkin betul jenis pinjaman adalah pinjaman keluarga. Abang dan Adik mungkin tidak berkelahi. Tetapi kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku di kemudian hari apabila sebagai contohnya Abang dan Adik tadi meninggal sebelum pembayaran pinjaman diselesaikan. Bagaimana pula jika si Abang dan isterinya meninggal serentak kerana kemalangan atau bencana? Akan mungkin timbul pelbagai masalah yang tidak terduga apabila dokumen yang disediakan terlalu minima (maklumlah pinjaman peribadi adik-beradik).
Selalunya yang akan menimbulkan masalah ialah waris daripada kedua-dua pihak yang akan menuntut hak mereka. Perlu diingat bahawa hubungan sepupu tidaklah seerat hubungan adik-beradik.
Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan supaya anda semua mendapatkan khidmat peguam yang anda percayai sebelum membuat apa-apa transaksi yang melibatkan pinjaman dan harta tak alih terutamanya kerana kesan transaksi adalah cukup besar dalam kehidupan.
Janganlah hanya berjumpa peguam apabila berdepan dengan masalah. Kalau tak ada masalah, tiru ajelah mana-mana dokumen walhal setiap kes ada perbezaan yang memerlukan ilmu undang-undang dalam bidangnya bagi menjaga kepentingan dan keadilan bagi semua pihak.

No comments:
Post a Comment