Monday, February 9, 2009

Foreigner yang ingin membeli hartanah di Malaysia melebihi RM250 ribu tidak perlu kelulusan FIC

KENYATAAN MEDIA

PERATURAN BARU BAGI PEMILIKAN UNIT KEDIAMAN OLEH WARGANEGARA ASING

Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif bagi mengurangkan birokrasi dan menjana ekonomi Negara. Untuk tujuan itu, YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk membenarkan warganegara asing membeli unit kediaman berharga melebihi RM 250,000.00 seunit, tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing (Foreign Investment Committee – FIC), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Mereka juga tidak dikenakan sebarang syarat kegunaan serta tiada had bilangan.

Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan para pelabur asing membeli unit kediaman dalam ketegori tinggi (high-end) dan dijangka memberi kesan positif kepada sektor hartanah dan sektor pembinaan Negara. Di samping itu, peningkatan pelaburan dalam sektor hartanah oleh pelabur asing juga akan meningkatkan kemasukan pertukaran wang asing.

Peraturan ini akan mula berkuatkuasa pada 21 Disember 2006

PEJABAT PERDANA MENTERI
Perdana Putra
Putrajaya

20 Disember 2006

- Kenyataan akhbar ini dalam bentuk pdf boleh dibaca dan dimuatturun di sini
- Borang-borang tentang FIC boleh dimuatturun di sini

No comments: