Firma guaman Termizi & Co. memerlukan seorang staf baru bagi menampung keperluan kerja-kerja perkeranian di pejabat. Keutamaan diberikan kepada mereka yang berpengalaman sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang 'conveyancing'.
Job scope kerani conveyancing mencakupi urusan perjanjian jual beli termasuk subsale, penyediaan dokumen perjanjian pinjaman dengan pihak bank terutamanya AmBank (M) Berhad (sebab Termizi & Co. adalah full panel dengan AmBank), dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan urusan conveyancing. Jawatan ini terhad untuk perempuan sahaja dan statusnya adalah full time permanent staff.
Jika ada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Termizi & Co. di no. tel: 03-41055210, atau fax: 03-41055211, atau e-mail: mizico@streamyx.com / termizi_co@yahoo.com.my .
Sebagai permulaan, anda juga boleh mengisi borang dibawah dan klik butang 'submit' diakhir borang. Terima kasih.
6 comments:
Mizi, klau aku nak link kan blog mu dgn blog aku blh ker? Apa khabar client mu Serata Meranti Sdn Bhd?
You may list this vacancy at our website www.elawyer.com.my we have an experience conveyancing candidate is actively looking for job.
Kepada semua,
Kekosongan jawatan di atas masih lagi dibuka untuk sesi temuduga. Sesiapa yang berminat dan berkelayakan, masih boleh memohon kepada kami.
Kepada semua,
Jawatan kosong yang diiklankan sudah pun diisi. Kami terpaksa menangguhkan dahulu sebarang proses permohonan sehinggalah kekosongan baru dibuka kemudian nanti.
Terima kasih kepada semua yang berminat.
Kekosongan jawatan di atas telah dibuka semula. Hujung minggu baru-baru ini juga kami ada iklankan kekosongan jawatan tersebut di 1 Klassified Harian Metro. Sesiapa yang berminat, dialu-alukan untuk memohon secepat yang mungkin.
Post a Comment