Saturday, February 2, 2008

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin

Pada 31hb Januari 2008, satu majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin telah diadakan di pejabat Termizi & Co. Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam di Restoran Pha-pha Seafood, Jalan Gombak, Gombak.
Majlis diteruskan dengan Solat 'Isha' berjemaah diimamkan oleh Ustaz Abdullah, iaitu kawan baik saya semasa menuntut di UIAM. Selepas itu diteruskan dengan solat hajat dan bacaan yasiin secara bersama-sama.
Kami memohon supaya rezeki yang kami perolehi daripada usaha yang dijalankan dipejabat ini adalah rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah s.w.t. dan semoga Allah s.w.t. menjauhi kami daripada segala bala bencana di dunia dan akhirat.

No comments: