Saturday, February 2, 2008

Kemasukan peguam baru

Pada 28hb Disember 2008, kita telah melantik seorang peguam yang berkhidmat untuk firma kita secara khusus untuk kes-kes litigasi. Kita telah menerima kemasukan saudara Zulhasmi Bin Zakaria dengan penuh gembira sebagai Associate di firma kita.
Saudara Zulhasmi adalah seorang peguam yang berpengalaman luas dalam bidang litigasi sehingga ke peringkat mahkamah persekutuan. Mula diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara pada bulan Jun 2001 dan cukup berpengetahuan dan berpengalaman tentang soal-soal litigasi terutamanya kes-kes yang melibatkan urusan tanah, saman malu, dan kes-kes lain secara umum.
Semoga dengan kemasukan saudara Zulhasmi, akan memberi impak yang positif dalam menyebarluaskan nama firma kita ke peringkat yang lebih global.

No comments: