
Apa yang menariknya ialah Sijil Amalan Guaman kami pada tahun ini ditandatangani (walaupun sebenarnya hanya dicop) oleh rakan kami (classmate) semasa sama-sama menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Mohd Kafli Bin Che Ali yang sekarang ini berjawatan Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya.
Perasaan bangga timbul kerana rakan-rakan yang dahulunya sama-sama 'memerah otak' di Universiti kini kebanyakannya telah berjaya dalam bidang masing-masing dan dalam masa yang sama memberi semangat kepada kami untuk terus mara dan juga berjaya dan lebih berjaya pada masa akan datang.
- Dikongsi oleh Termizi.
No comments:
Post a Comment