Friday, January 18, 2008

'Ad-Hoc Panel' untuk Bank Pertanian Malaysia

Pada 14hb Januari 2008, tanpa disangka-sangka kami telah menerima sepucuk surat dari Bank Pertanian Malaysia (BPM) melantik kami sebagi salah sebuah peguam panel bagi mereka secara ad-hoc bagi kawasan Kuala Lumpur.
Perlantikan sebagi panel peguam ini bukan sahaja khusus bagi urusan dokumentasi pinjaman hartanah sahaja bahkan meliputi apa sahaja urusan dokumentasi mewakili BPM termasuklah urusan dokumentasi bagi jenis-jenis pinjaman yang lain.
Istilah ad-hoc merujuk kepada keperluan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian BPM melantik panel peguam yang mana yang dirasakan sesuai untuk mewakili mereka dalam urusan dokumentasi yang berkenaan.
Kami merasakan bahawa ini adalah satu peluang yang perlu direbut. Semoga perhubungan dengan BPM berkekalan untuk kepentingan kesemua pihak.

No comments: