Wednesday, January 2, 2008

Komen tentang Kes Subashini

Saya secara peribadi menyokong keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes permohonan cerai Subashini dengan suaminya Saravanan. Dalam kes tersebut, Subashini telah berkahwin dengan Saravanan mengikut upacara perkahwinan Hindu dan didaftarkan mengikut Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (LRA).

Pada Mei 2006, Saravanan telah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Muhammad Shafi Saravanan Bin Abdullah. Mengikut Islam, secara automatik, selepas tamat ‘iddah, perkahwinan antara Subashini dan Saravanan dikira batal dan Saravanan boleh berkahwin pula dengan wanita muslimah pilihannya (tetapi dalam kes ini Saravanan belum berkahwin lagi-setakat yang saya ketahui).

Tetapi mengikut undang-undang Malaysia yang ada hari ini, pasangan Subashini dan Saravanan masih lagi pasangan suami-isteri yang sah mengikut undang-undang kerana undang-undang Malaysia memperuntukkan bahawa apabila sesuatu perkahwinan itu didaftarkan mengikut LRA, pengesahan cerai juga hendaklah mengikut LRA dan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk pengesahan cerai tersebut walaupun salah seorang daripada mereka sudah pun memeluk Islam (dalam kes ini, si suami, Saravanan telah memeluk Islam). Mahakamah Syariah tidak ada bidang kuasa untuk membuat pengesahan cerai dalam kes pendaftaran kahwin pasangan yang didaftarkan mengikut undang-undang sivil.

Ini bermaksud mereka berdua masih lagi suami-isteri mengikut undang-undang Malaysia sekarang (walaupun mungkin sudah tidak tinggal serumah, dan selalunya yang memeluk Islam akan cuba menyelamatkan ‘aqidah anak-anak mereka dengan menjauhkan mereka dengan pihak yang tidak memeluk Islam walaupun ibu mereka sendiri) sehinggalah mahkamah sivil mengesahkan penceraian mereka.

Yang menjadi masalahnya ialah tuntutan cerai pula hendaklah juga dibuat mengikut peruntukan dalam LRA. Seksyen 51 (1) memperuntukkan: Where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce: Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of the three months from the date of the conversion.

Ini membawa maksud seolah-olah pasangan yang memeluk agama Islam telah melakukan satu kesalahan rumahtangga sehingga pihak yang satu lagi (yang tidak memeluk agama Islam) boleh membuat permohonan cerai kerana pasangannya telah memeluk Islam.

Dalam seksyen di atas dengan jelas disebutkan bahawa yang boleh buat permohonan cerai ialah pihak yang tidak memeluk agama Islam. Pihak yang memeluk agama Islam tidak boleh membuat permohonan cerai. Ini bermaksud, jika Subashini tidak membuat permohonan cerai, Saravanan tidak boleh buat apa-apa di mahkamah sivil. Memang pelik undang-undang Malaysia dan memang bercanggah dengan undang-undang Islam. Sampai matipun, Saravanan tidak boleh menamatkan perkahwinannya dengan Subashini (mengikut undang-undang sivil) selagi mahkamah sivil tidak mengesahkannya. Hal ini sebenarnya berlaku dalam kes Eeswari Visuvalingam lwn. Kerajaan Malaysia (1990) 1 MLJ 84.

Nasib baiklah dalam kes Subashini, mahkamah mengesahkan bahawa Saravanan, sebagai seorang Muslim sekarang, boleh memfailkan perceraian di mahkamah Syariah walaupun perkahwinannya dahulu tidak mengikut syariah dan isterinya bukan seorang Islam. Ini sesuatu yang baru. Dibimbangi pula nanti akan timbul isu konflik bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Dalam kes Ng Siew Pian lwn. Abdu Wahid bin Abu Hassan dan seorang lagi (Penang Originating Summons No. 24-750-94), mahkamah tinggi mengesahkan bahawa mahkamah syariah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan cerai si suami (yang memeluk Islam) kerana si isterinya tidak memeluk Islam. Kenyataan Yang Amat Arif Tuan Hakim dalam kes Subashini bertentangan dengan kes di atas.

Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan agar Seksyen 51 LRA diubah. Perkara ini ada saya masukkan dalam thesis master saya yang tidak diterbitkan.

The only remedy therefore is to amend section 51 of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, to provide that where one of the parties has converted to Islam, either party can apply to the High Court for divorce. This is in fact more in line with the provision of the Act that makes the breakdown of the marriage the sole ground for divorce.

Ahmad Ibrahim drafted the suggested amendment to be read as follows:

"Where one party to the marriage has converted to a religion other than the one followed by either of the parties at the time of the marriage, either party may petition for divorce: Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of conversion."

Section 3 (3) of the Act should also be amended to read:

"This Act shall not apply to a Muslim or to any person who is married under Muslim Law and no marriage of one of the parties which professes the religion of Islam shall be solemnised or registered under this Act; but nothing herein shall be construed to prevent a court before which a petition for divorce has been made under section 51 from granting a divorce on the petition of either party to the marriage where one party to the marriage has converted to a religion other than the one followed by either or the parties at the time of the marrige, and such decree shall, nowithstanding any written law of the contrary, be valid against the parties to the marriage."


Ditulis oleh Termizi untuk Termizi & Co. (Ini adalah pandangan peribadi Termizi dan bukan pendirian rasmi Termizi & Co.

No comments: