Hari ini saya dikejutkan dengan satu berita tentang penubuhan satu pejabat peguam yang baru di kawasan pejabat kita, Desa Melawati.
Sebelum ini, setakat pengetahuan saya, hanya ada satu pejabat peguam di kawasan ini iaitu Tetuan Suzana & Zuhainita beralamat di 15-1, Jalan 4/4C, Desa Melawati. Tetapi, saya tidak pernah melihat naiknya papan tanda pejabat peguam tersebut dan tidak pula diketahui sama ada benar-benar beroperasi atau tidak.
Pejabat peguam yang baru dibuka pula ialah Tetuan Nur Addelene & Associates, iaitu dahulunya bertapak di Taman Melawati. Papan tandanya sudah jelas dinaikkan, tetapi tidak dapat dipastikan lokasinya yang tepat. Nur Addelene memilih blok hadapan bangunan yang baru disiapkan di hadapan pejabat kita.
Saya melihat hal ini sebagai persaingan yang sihat. Semoga semua kakitangan Termizi & Co. sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan sekurang-kurangnya boleh mengekalkan klien untuk sentiasa bersama kita.
Dikongsi oleh Termizi untuk semua kakitangan Termizi & Co.
No comments:
Post a Comment