
Walaupun banyak pejabat guaman yang lain masih tidak mengikut secara tepat apa yang ditetapkan oleh Majlis Peguam, saya menggesa supaya kakitangan Termizi & Co. mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Majlis Peguam termasuklah perintah bahawa tiada diskaun bagi yuran guaman dan bagi pembayaran yang dibuat selepas 30 hari daripada tarikh pemberitahuan kos dan caj, kita berhak meminta interest sebanyak 8% atas kelewatan pembayaran. Perkara ini hendaklah ditekankan kepada klien.
Satu lagi perkara yang selalu dibangkitkan oleh klien apabila kita melakukan dua atau lebih urusan bagi pihak klien tersebut. Contohnya kita yang buat perjanjian jual beli dan kita juga yang proses dokumen pinjaman. Klien hendaklah diberitahu diperingkat awal lagi bahawa akan ada dua bil yang berasingan (satu untuk perjanjian jual beli dan satu lagi untuk pinjaman) kerana kita memproses dua urusan yang berlainan.
Segala kos anggaran duti setem dan/atau bayaran bagi wang beza juga hendaklah diminta seawal mungkin bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin timbul dikemudian hari.
- Arahan dari Termizi untuk kakitangan Termizi & Co.
No comments:
Post a Comment