Sunday, January 6, 2008

Janji-janji Pejabat Tanah Wilayah kepada kita

Pihak Bar Council telah mengadakan mesyuarat pada bulan Jun 2007 dengan pihak Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka yang secara tidak langsung dapat membantu kita khususnya (pejabat peguam) bagi melicinkan proses pindah milik hartanah.
Antara janji-janji mereka ialah; 1) bagi pinjaman kerajaan, geran boleh dipungut selepas dua minggu presentation tukar nama dibuat bagi individual title dan tiga minggu bagi strata title. Pejabat peguam boleh meletakkan tanda "Pinjaman Kerajaan" pada dokumen presentation bagi memudahkan mereka memprosesnya. 2) Consent to transfer akan diproses dalam masa tiga minggu sahaja.
Adakah perkara ini benar-benar terlaksana?
Banyak lagi perkara lain yang diputuskan, dan disini dilampirkan minit mesyuarat tersebut untuk rujukan http://www.klbar.org.my/dir/MP/CP18062007.pdf .

No comments: