Tuesday, February 1, 2011

Faraid; Si Mati tiada anak lelaki dan adik-beradik lelaki

Soalan:

Kakak saya mati meninggalkan seorang suami, seorang ibu, seorang anak perempuan, dan dua orang adik-beradik kandung perempuan termasuk saya. Ayah telah meninggal dunia lebih awal daripada kakak saya. Macamana pengiraan faraid bagi harta pusaka kakak saya tersebut?

Jawapan:

Situasi ini agak menarik kerana jarang sangat berlaku keadaan seorang si mati tidak meninggalkan waris lelaki yang menjadi waris 'asabah. Suami si mati, walaupun lelaki tidak dikira waris 'asabah kerana tiada hubungan darah dengan si mati.

Baiklah, mari kita kira satu persatu kadar bahagian waris fardu terlebih dahulu iaitu kadar bahagian suami, ibu, dan anak perempuan.

Kadar asal bagi suami ialah 1/4 kerana si mati ada meninggalkan anak. Kadar asal bagi ibu ialah 1/6 kerana si mati ada meninggalkan anak. Manakala kadar asal anak perempuan ialah 1/2 kerana dia adalah anak perempuan (AP) tunggal.

Setelah dijumlahkan, 1/4 + 1/6 + 1/2, kita akan mendapat pembawah 12, dan bahagian suami menjadi 3/12, ibu = 2/12, dan AP = 6/12, dan baki harta ialah 1/12.

Baki harta 1/12 inilah menjadi kadar bahagian adik-beradik kandung perempuan (selalunya diistilahkan sebagai saudara seibu sebapa perempuan-SIBP) si mati dan mereka ini dikenali sebagai waris 'asabah maal ghairi. Walaupun mereka adalah perempuan, tetapi memadai untuk mengambil saki-baki harta pusaka si mati menjadikan waris 'asabah yang lebih jauh (seperti saudara sebapa, saudara seibu, bapa saudara dan/atau sepupu) adalah terdinding/terhalang dengan sebab adanya mereka.

Baki harta 1/12 ini hendaklah dibahagi samarata antara dua beradik kandung perempuan si mati menjadikan kiraan tashih selanjutnya ialah 1/24 bagi setiap seorang SIBP, 6/24 bagi suami, 4/24 bagi ibu, dan 12/24 bagi AP.

9 comments:

Ifila Saila said...

maaf nak mohon pandangan ttg si mati yg tiada anak lelaki dan berkaitan pemegang amanah harta anak yatim yg merupakan adik beradik lelaki.
facts of the case nya adalah spt berikut.

A & B adalah anak perempuan kpd C. C sudah pun kematian suami. apabila C meninggal dunia, A & B telah menjadi anak yatim dan tanah hak milik C tlh diberi kpd pemegang amanah D yg merupakan adik kandung lelaki C (pak sedara kpd A & B) . setelah A & B membesar (berumur sekitar 50an skrg) mereka pulang ke kampung utk bertemu dgn D bg membincangkan hal hak milik tanah mereka. D kata mereka boleh ambil tanah mereka dgn syarat mereka memberikan HAK dan bahagian milik D yg merupakan pemegang amanah yg telah menjaga tanah mereka selama ini. Soalannya: apakah D mempunyai hak ke atas tanah itu baik sbg pemegang amanah ataupun sbg saudara kandung C (pak sedara A & B) . Mohon pandangan. Terima kasih.

maklumat tambahan: adik beradik si mati (C) yg masih hidup lagi termasuk D ada 4 orang.

Termizi said...

Di dalam fakta kes tidak dinyatakan sama ada ibu dan bapa (dan keturunan ke atas iaitu datuk, moyang dsb) kepada C meninggal terlebih dahulu daripada C, atau masih hidup semasa C meninggal.

Di dalam fakta kes juga tidak diberitahu tentang jantina adik beradik C yang lain selain D iaitu diandaikan sebagaikan E, F, dan G, sama ada mereka ini lelaki atau perempuan, dan juga tidak dinyatakan sama ada mereka ini adik beradik seibu sebapa atau adik beradik sebapa atau adik beradik seibu.

Saya mengandaikan bahawa ibu dan bapa, dan keturunan ke atas C meninggal dunia terlebih dahulu daripada C.

Waris yang berhak menerima pusaka bagi harta peninggalan C ialah 2 orang anak perempuan C iaitu sebanyak 2/3 bahagian. Manakala D dan adik-adik beradik seibu-sebapa C yang lain mendapat baki iaitu 1/3 daripada harta C.

Adik beradik sebapa C, atau adik beradik seibu C tidak mendapat bahagian kerana sudah terdinding dengan adanya adik beradik seibu-sebapa yang lelaki, iaitu D.

Jadi, D memang ada hak iaitu bahagian baki 1/3 tadi sama ada dibahagi dengan adik beradik seibu-sebapa dengan C atau jika dia seorang sahaja adik beradik seibu-sebapa, 1/3 tadi menjadi HAK D.

Yang 2/3 bahagian hendaklah diserahkan kembali kepada A & B secara sama banyak, cumanya D juga berHAK mengambil upah yang wajar mengikut uruf kerana menjaga harta milik A & B.

Wallahu a'lam.

Ifila Saila said...

syukran atas info. sdkt maklumat tambahan..

1. suami, ibu, ayah dan datuk ke atas kpd C telah pun meninggal dunia sblm drp kematian C.

2. Adik beradik C yg masih hidup sekarang ialah 4 org (1L & 3P) tetapi baru dpt maklumat ttg adanya seorg adik perempuan yg baru meninggal 3 tahun lalu bermakna bilangan adik beradik seibu sebapa yg masih hidup sewaktu C meninggal ialah 5 org (1L & 4P)

3. mengikut fakta yg sedia ada ini, saya tlh membuat perkiraan menggunakan laman web faraid usm dan mendapat perkiraan spt berikut: 2 anak perempuan = 12/18, 4 saudara perempuan kandung = 4/18, 1 saudara lelaki kandung = 2/18. mohon perbetulkan sekiranya berlaku kesilapan.
rujukan website: http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

4. Dan bagaimanakah pula cara kiraan upah mengikut 'URUF krn D telah memegang geran tanah sejak 50 tahun yg lalu dan tidak prnh menyerahkan kpd 2 beradik perempuan yatim sewaktu mereka mencecah umur 18 tahun (krn masing2 telah mengikut suami sblm mencapai umur itu (biasalah org dulu2 kahwin awal..)) dan D juga telah pun mengambil manfaat hasil menjaga dan memiliki geran tanah tersebut untuk menjayakan projek kebun dan pertaniannya semenjak drp itu.

Wallahu a'lam. Terima kasih..

Termizi said...

Kiraan yg dibuat dah betullah tu.

Kalau pemegang amanah dah ambil manfaat dari tanah tu, itu pun dah boleh dikira sebagai upah la.

Ifila Saila said...

1. bgmana pula hak tanah saudara perempuan kandung yg telah meninggal slps kematian C. sbb dlm carta waris hanya anak kpd saudara kandung lelaki (seibusebapa/seibu/sebapa) shj yg ada hak, manakala anak sdra kandung perempuan tiada hak ke atas tanah. apakah pembahagian harus dibuat mengikut kadar 1L dan 3P pula?

2. Jika pemegang amanah tdk mengambil manfaat drp tanah, bagaimanakah pula perkiraan 'uruf itu dibuat? syukran terima kasih.

Termizi said...

1. Saudara perempuan kandung dpt bahagian 1/18 sebagaimana yg sudah pun dikira. Jadi, warisnya mewarisi bahagian tersebutlah.

Dlm gambarajah waris, memang anak saudara daripada adik beradik perempuan tidak mewarisi sbb mereka dikira sebagai waris zawil arham.

Tapi dlm kes yg diberi, mereka mewarisi daripada ibu merekalah, bukan mewarisi daripada emak saudara mereka.

2. Mungkin antara 3 hingga 10 peratus drpd nilai tanah adalah upah yg wajar.

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

salam

contoh kes lain:

Ali mati meninggalkan seorang isteri tapi tiada anak. Dia ada ibu bapa, 3 adik perempuan dan 2 abang. Bagaimanakah pembahagian harta mengikut faraid ?

Termizi said...

Ini pun satu soalan yang menarik. Pembahagian asal faraid adalah sebagaimana berikut:

Isteri = 1/4
Ibu = 1/6
Bapa = 'Asabah (baki)

Manakala 3 Saudara Perempuan dan 2 Saudara Lelaki adalah terhalang kerana baki harta menjadi bahagian bapa.

Setelah ditashihkan, pembahagian akhir adalah sebagaimana berikut:

Isteri = 3/12
Ibu = 2/12
Bapa = 7/12

Perlu disebutkan di sini, walaupun keberadaan saudara kandung lelaki dan perempuan tidak dilihat mendapat apa-apa bahagian faraid, kewujudan mereka telah mengubah cara pengiraan faraid.

Maksud saya, jika si mati tiada saudara kandung, bahagian ibu bukanlah 1/6, tetapi 1/3 daripada baki.

Contohnya, jika soalan berbunyi:

Si mati meninggalkan seorang isteri, ibu dan bapa. Tiada saudara kandung.

Pengiraan faraid akan menjadi:

Isteri = 1/4
Ibu = 1/3 daripada baki
= 1/3 daripada 3/4
= 1/4
Bapa = 'Asabah iaitu 2/4 atau 1/2

Wallahu a'lam.

norzianmohdsom said...

Assalam.... ingin bertanya pembahagian harta simati.

Simati meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak perempuan. Simati juga masih mempunyai 3 orang adik-beradik lelaki.
Boleh tolong kirakan cara-cara pembahagian harta simati?. Terima kasih.