Friday, December 24, 2010

Beberapa Perkembangan di Termizi & Co.

Termizi & Co. baru-baru ini telah melancarkan laman web rasmi firma. Laman web ini boleh dicapai di alamat berikut: http://www.mizico.com . Pembaca boleh mendapatkan maklumat rasmi firma di laman web tersebut. Mungkin beberapa maklumat terbaru akan dimasukkan dari semasa ke semasa tentang firma Termizi & Co. Saya juga sebenarnya bercadang supaya ada satu link pembayaran online dimasukkan di laman web tersebut, tetapi memandangkan beberapa caj tambahan (4%) dan tempoh kemasukan duit yang agak lama (14 hari) ke dalam akaun, kemudahan tentang pembayaran online terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.


Bagi menjaga ketepatan masa kakitangan di Termizi & Co., bermula pada hari ini semua kakitangan dikehendaki menggunakan mesin punch card. Diharapkan semua pekerja selepas ini akan lebih berdisiplin dalam menjaga masa.


Termizi & Co. juga telah melancarkan perpustakaan mini bagi rujukan pekerja, klien, dan tetamu di pejabat. Walaupun sekarang ini bahan rujukan masih sedikit, tetapi harapnya ini menjadi permulaan yang baik bagi mewujudkan satu perpustakaan yang lengkap bagi kemudahan rujukan bahan-bahan perundangan.

1 comment:

Nienajaafar said...

syukur alhamdullilah sekiranya sya menjadi salah seorang kakitangan di firma ini. Sya dapati terdapat banyak kemudahan dan keselesaan yang disediakan oleh pihak majikan. Semuga semua staff mengunakan segala ilmu yang diberikan oleh firma dengan sebaik2nya. Tahniah Tetuan Termizi & Co.