Friday, February 20, 2009

Kuasa Budi Bicara Sultan

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

JADUAL KELAPAN


[Perkara 71]

Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri

BAHAGIAN I

PERUNTUKAN TETAP

Raja bertindak ikut nasihat

(2) Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut(sebagai tambahan kepada fungsi yang pada melaksanakannya Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu:

(a) melantik seorang Menteri Besar;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Undangan;

(c) membuat permintaan supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistemewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau perbuatan, amalan atau upacara agama;

(d) apa-apa fungsi sebagai Ketua agama Islam atau yang berhubungan denga adat Melayu;

(e) melantik waris atau waris-waris, isteri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja;

(f) melantik orang memegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan berkenaan dengannya;

(g) mengawal selia balai-balai diraja dan istana-istana.

1 comment:

Anonymous said...

xde huraian ke untk setiap kuasa 2?