Saturday, October 4, 2008

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Ucapan ini akan selalu didengari pada sepanjang bulan Oktober tahun ni yang berkebetulan bulan Syawal, bulan Hari Raya dan selalunya lebih meriah daripada bulan puasa itu sendiri. Apa yang menariknya tentang bulan Oktober bagi saya ialah bulan menyambut hari ulang tahun kelahiran firma kita, Termizi & Co.
Termizi & Co. secara rasminya ditubuhkan pada 1hb Oktober 2005 dan bulan ni dah genap 3 tahun kita beroperasi. Walaupun tidak nampak perkembangan yang drastik tetapi perubahan-perubahan positif memang nampak. Sudah pelbagai cabaran kita lalui dan semoga kita semua semakin tabah menghadapi cabaran mendatang.

No comments: